Thursday, March 15, 2012


Errmmm……

Gula-gula Cadbury aku dalam balang semakin merosot kuantitinya begitulah jugak duit tabung ‘panda’ syiling aku.huhu Cantik gak duit syiling yang keluaran terbaru tu tapi tak daklah rasa siok sgt nak kumpul yang 50 sen tu sebab kecik tak sama dengan duit 50 sen dulu. Dalam tahun lepas jer aku dapat kumpul duit syiling sampai rm700…Alhamdulillah, berkat kesabaran membuahkan hasilnya.hihi  Pergi jejalan di sekitar kedai Living Cabin, rasa siok jerk tengok barang-barang yang pelik-pelik kat situ. Bila berkenan sesuatu, beli dan bawa pulang…errrr…..’aku nak watper dengan benda nie’ hahaha…..lepas tu hari-hari berikut akan diulang dengan perkara yang sama.haha sampai penuh dah dalam kotak misteri aku kat rumah.huhu kalau beli-beli letak kat luar, mestilah berhabuk gilerz dengan keadaan yang rajin bebenor dalam diri nie.huhu anda pon pasti begitu.hahaha….jangan mare.

Salah satu kedai yang aku akan pergi jugak-jugak kalau dah berada ditingkat dua Jaya Jusco –POPULAR. Seronok melihat buku0buku yang disusun cantik dari keluaran terbaru sehinggalah yang lama. Tapi satu jer yang payah untuk aku cari buku kat situ sebabnya novel kat situ semuanya bercirikan dan berteraskan cerita cinta – owwhh novel terbaru Ahadiat Akasyah yang dulu ramai gaklah kawan aku dok tergila-gilakan penulisannya. Hanya merenung kulit novelnya-cantik dan berseni. Aku memerhati lagi novel yang lain jika terkena pada citarasa aku…agak lama aku memilih untuk hanya satu novel, akhirnya novel –‘Ranah 3 Warna’ jugak yang aku genggam. Dari segi sinopsis di belakang kulit novel tu memang menarik untuk santapan naluri aku yang tak gemarkan kisah-kisah cinta semata-mata. Aku cukup teliti dengan dari segi ayat dan bahasa dalam novel yang nak aku beli. Aku tak suka novel yang berbunga-bunga ayatnya dari awal kata hingga ke mukasurat terakhir…errghhh…..terseksa untuk menghabiskan novel yang macam tu. Aku nie tak suka baca novel sebenarnya tapi kalau novel tu berunsurkan semangat dan lain dari yang lain – apa salahnya kan?

Sticker-hahaha ramai yang menyangka aktiviti ini hanya dilakukan oleh para ribena (kanak-kanak ribena) sahaja…huhu aku cukup suka memilih sticker ayng dijual dalam POPULAR.hahaha..aktiviti kurang sihat ker?huhu aku terserempak dengan cik siti khodijah lagi ha dalam POPULAR.hhihi malunyer…hahaha lantaklah janji aku puas membeli apa yang aku inginkan. Errr Duit gaji aku banyak dihabiskan ke situ ker?haha owh tidak-tidak….ada lagi hobi shopping aku yang lain yang lebioh teruja.hahaha


1 comment:

  1. Tabung aku tak pernah berkira lagi. Dah nak masuk 3 balang master potato dah. hehehe.. Yang dulu - dulu. dah habis di laburkan.. hehehe

    ReplyDelete

KemBAra katA-Kata


Hari berganti hari...aku masih di sini,menanti suatu yang pasti...mengusung memori indah,menganjak usia ditelan masa, menjadikan sakit itu ketawa,menghias hati dengan Alhamdulillah-Allahuakhbar-Subahanallah-Lailahailallah...